Kenali Jenis Penyakit Diabetes

Diabetes disifatkan sebagai kadar kandungan gula yang tidak tetap didalam darah di samping gangguan karbohidrat, lemak dan penghasilan protein dan penggunaannya di dalam tubuh. Ini boleh disebabkan oleh gangguan di dalam pankreas, yang menyebabkan perembesan insulin yang tidak tetap.

Insulin adalah hormon penting di dalam badn manusia kerana ia membantu mengawal kandungan gula di dalam darah dan mengekalkannya pada tahap yang normal.

Dalam erti kata lain, apabila pankreas tidak berfungsi pada kadar yang optimum, tubuh tidak mampu untuk mengawal dan menyimpan glukos, seterusnya menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada lazimnya.

Terdapat 2 Jenis Penyakit Diabetes yang Dikategorikan Sebagai Jenis 1 dan Jenis 2

Bagi penyakit diabetes Jenis 1, pankreas berhenti menghasilkan insulin. Diabetes jenis ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak atau yang sedang meningkat dewasa namun ia boleh berlaku pada sebarang peringkat umur.

Dalam erti kata lain, seseorang yang menghidapi penyakit diabetes Jenis 1 bergantung kepada pengambilan insulin.

Bagi penyakit diabetes Jenis 2 lebih lazim dihidapi. Ia berlaku apabila badan tidak dapat menerima insulin yang dihasilkan oleh pankreas.

Keadaan ini berlaku apabila insulin yang dihasilkan pankreas tidak berfungsi, seterusnya menyebabkan kandungan gula di dalam darah terus kekal di dalam darah mengakibatkan kadar gula di dalam darah berada pada tahap yang berbahaya.

Kitaran ini terus berulang apabila pankreas terus menerus menghasilkan lebih banyak insulin. Ini mengakibatkan pengumpulan glukos di dalam darah yang tidak dapat digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga.

Jenis 2 ini berlaku dikalangan mereka yang berusia 40 tahun ke atas, mempunyai berat badan berlebihan dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi penyakit diabetes.

Sumber : Kesihatan Holistik

Mencari supplemen untuk meningkatkan tahap kesihatan pesakit diabetes, hubungi saya di :

wp-1490837705021.png

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: