PART 2 : Bukti-bukti yang menunjukkan keberkesanan produk Shaklee.

Entry yang sebelumnya, telah Kak Tee kongsikan tentang bukti pertama iaitu Kajian Telomere. Kali ni, Kak Tee nak kongsikan tentang bukti yang kedua iaitu Landmark Study.

Apakah itu Landmark Study?

Satu-satunya kajian yang direka untuk menilai manfaat dan risiko pengambilan pelbagai makanan tambahan dalam tempoh masa yang panjang.

Landmark Study ini dijalankan bersama dengan sebuah universiti iaitu University of Barkeley, California. Kajian Landmark Study ni diketuai oleh Dr Gladys Block.

Image result for Dr Gladys Block. berkeley

Landmark Study adalah sebuah kajian bebas dan dipanggil sebagai Independent Study. Dr. Gladys dan anak-anak buahnya akan mereka, menganalisis dan mentafsir kajian ini.

Kunci matlamat disini adalah mereka akan menerbitkan hasil kajian ini tanpa mengira kesan pengambilan Shaklee samaada bagus atau tak bagus. Dr. Dragys Block tetap akan terbitkan kajian ini.

Jadi, kajian Landmark Study ini unbiased @ tidak berat sebelah.

photo_2017-04-01_22-38-32.jpg

 

Kajian ini melibatkan 1,056 orang peserta dari 3 kumpulan sampel. 602 orang adalah mereka yang tidak mengambil sebarang makanan tambahan, 176 orang adalah mereka yang mengambil satu jenis makanan tambahan jenama lain dan seramai 278 orang adalah mereka yang mengamalkan pelbagai supplemen tambahan untuk jangka masa yang panjang iaitu pengguna Shaklee.

Ketiga-tiga kumpulan ini adalah sama dari segi umur, jantina, bangsa dan juga berat badan.

Bagaimana kajian ini direka?

Kajian ini dijalankan melalui :

  • Soal selidik secara online
  • Ujian darah (puasa), tekanan darah dan berat badan bagi pengamal supplemen Shaklee
  • Nutrition Examination Survey (NHANES) bagi pengamal multivitamin sahaja dan bukan pengamal supplemen

Bagi pengguna Shaklee, mereka akan menerima soal selidik secara online. Dr. Gladys Block dan anak-anak buahnya akan menjalankan ujian darah, tekanan darah dan juga berat badan.

Bagi kumpulan yang tidak mengamalkan sebarang supplemen dan juga kumpulan yang mengamalkan satu jenis supplemen, Dr. Gladys Block mendapatkan keputusan mereka dari Nutrition Examination Survey (NHANES).

photo_2017-04-01_22-14-46.jpg

Kumpulan pengguna Shaklee mengambil gabungan pelbagai vitamin Shaklee setiap hari.

Secara puratanya, sebanyak 50% dari pengguna Shaklee mengambil sebanyak 14 jenis supplemen setiap hari selama lebih daripada 20 tahun.

Apakah Keputusan Landmark Study?

photo_2017-04-01_22-13-52.jpg

Kajian ini menunjukkan pengambilan pelbagai supplemen dalam jangka masa yang panjang memberikan impak yang sangat-sangat bagus dimana mereka yang dalam kumpulan ini mempunyai tahap nutrien darah yang menggalakkan.

Nutrien-nutrien seperti vitamin D dan juga zat besi berada dalam tahap yang selamat tetapi bukan overdose.

Pengguna supplemen Shaklee turut mempunyai kunci penanda kesihatan jantung yang menggalakkan. Ini bermaksud Trigliseride level yang lebih rendah dan juga HDL kolesterol yang lenih tinggi berbanding dengan dua kumpulan yang lain.

Mereka juga mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah

photo_2017-04-01_22-34-13.jpg

Yang pertama sekali anda boleh lihat, pengguna Shaklee mempunyai Homocysteine level yang lebih rendah berbanding dengan 2 kumpulan yang lain.

Homocysteine yang tinggi selalunya dijumpai pada orang yang tak cukup vitamin B. Contohnya, mereka yang merokok, yang suka makan daging, mereka yang tidur lewat, mereka yang stress ataupun pemakanan yang tidak sihat selalunya badan mereka kekurangan vitamin B. Ini akan menyebabkan level Homocysteine meningkat.

Homocysteine level yang tinggi biasanya dikaitkan dengan risiko kardiovaskular yang lebih tinggi. Maknanya mereka berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit-penyakit jantung, penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran darah, penyakit yang berkaitan otak contohnya parkinson ataupun alzheimer.

Tetapi keputusan disini menunjukkan pengguna Shaklee mempunyai Homocysteine level yang jauh lebih rendah.

Dan seterusnya pengguna Shaklee mempunyai level HDL kolesterol yang lebih tinggi. HDL adalah sejenis kolesterol yang sangat baik yang mana bila HDL kolesterol ini tinggi, ia akan membantu untuk mengawal dan juga menurunkan LDL kolestrol iaitu kolesterol yang jahat.

Seterusnya adalah Triglycerides Level. Pengguna Shaklee mempunyai level yang sangat rendah berbanding dengan dua kumpulan yang lain. Triglycerides adalah sejenis lemak dalam badan kita.

Kalau Triglycerides ini tinggi, ia akan menyebabkan kesumbatan saluran darah, stroke dan juga menyebabkan arteriosklerosis.

Yang terakhir sekali ialah C-Reactive Protein. C-Reactive Protein akan dihasilkan oleh sel-sel badan anda apabila sel badan anda mempunyai masalah keradangan. Terutama mereka yang mempunyai masalah hati yang bengkak ataupun yang mempunyai masalah buah pinggang. Pesakit-pesakit ini akan mempunyai C-Reactive Protein yang lebih tinggi berbanding mereka yang biasa.

Pengguna Shaklee dalam jangka masa yang panjang mempunyai C-Reactive Protein yang jauh lebih rendah. Ini menunjukkan pengguna Shaklee ini tidak mempunyai masalah inflamasi keradangan dalam badan mereka.

photo_2017-04-01_23-44-38

Secara kesimpulannya, kedua-dua kajian menunjukkan kumpulan pengamal Shaklee mempunyai :

  • 11% nisbah kolesterol yang lebih rendah
  • 33% paras Triglycerides yang lebih rendah
  • 36% paras Homocysteine yang lebih rendah
  • 59% paras C-Reactive Protein yang lebih rendah

Keputusan ini dikaitan dengan pengurangan risiko penyakit jantung dan juga penyakit yang berkaitan otak, kanser serta kencing manis.

Secara kesimpulannya, kedua-dua kajian Telomere dan Landmark Study menunjukkan keputusan yang sangat positif.

Ini bermakna, pengguna Shaklee jauh lebih sihat berbanding dengan mereka yang tidak amalkan supplemen ataupun mereka yang amalkan supplemen jenama lain.

Semoga perkongsian Kak Tee ini memberi keyakinan untuk anda semua mengamalkan supplemen Shaklee untuk meningkatkan tahap kesihatan anda sekeluarga serta mereka yang disekeliling anda, In Shaa Allah.

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh terus hubungi Kak Tee.

wp-1490837705021.png

“Menuju Kehidupan Yang Lebih Sihat”

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: