Best ke buat bisnes Shaklee? 

“Best ke buat Bisnes Shaklee ni Kak Tee? Ada ke orang beli Shaklee? Kan mahal”

Kak Tee terima satu soalan cepu mas dari sesorang. 

Jadi,  meh la Kak Tee kongsikan kenapa bisnes Shaklee ni memberi Kak Tee sesuatu yang bernilai dalam kehidupan ni. 

Firstly,  memang la Kak Tee join Shaklee ni sebab nak tambah pendapatan suatu ketika dulu.  

Dulu Kak Tee ni memang bekerja. Anak-anak hantar tempat pengasuh. Pagi pukul 7 dah keluar rumah.  Balik kerja siap amik anak pun sampai rumah jam 7. Masa tu anak-anak tak sekolah ok lagi la.  

Tapi bila dah mula sekolah,  masa Kak Tee dan jadual anak-anak tak sama.  Jadi nak tak nak,  kene buat pilihan.  Dan akhirnya,  pilihan istikharoh Kak Tee adalah anak.  

Lagipun masa tu,  Kak Tee dah buat bisnes Shaklee ni.  Alhamdulillah, dari dulu hingga sekarang dengan bisnes Shaklee ni la sumber pendapatan Kak Tee. 

Bestnya Kak Tee rasa buat bisnes Shaklee ni sebab masa bersama keluarga yang Kak Tee tak dapat masa bekerja dulu,  Kak Tee dah dapat sekarang. 

Impian nak hantar dan amik anak sekolah pun Kak Tee dapat lakukan sekarang. Bukan Kak Tee tak percaya kat orang lain atau van sekolah,  tapi Kak Tee rasa lebih selamat Kak Tee amik dan hantar anak-anak. Lagi la sekarang,  macam-macam kes. Seramm! 

Yang kedua,  sambil Kak Tee jana pendapatan, sambil tu Kak Tee dapat makan supplemen Shaklee secara PERCUMA. Best kan? 

Tapi macammana boleh makan free pulak ye? Haaa, tu la ramai yang tak perasan dan ramai yang tak tau.

Ok,  dari untung runcit Kak Tee jual tu la Kak Tee buat beli supplemen untuk Kak Tee sekeluarga. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kesihatan Kak Tee sekeluarga bertambah baik. Anak-anak dan suami jarang sakit.

Pelaburan kesihatan ni la yang paling terkesan dalam diri Kak Tee.  Sebelum kenal Shaklee,  anak-anak kerap sakit.  Kejap demam,  kejap semput.  Risau hati seorang ibu.

Dan lastly,  antara sebab yang buat Kak Tee seronok bisness Shaklee ni ialah sebab dapat bantu orang sekeliling Kak Tee malah mereka-mereka yang memerlukan supplemen untuk dapatkan kehidupan yang lebih sihat. 

Alhamdulillah,  bila ramai yang beri feedback positif bila amalkan Shaklee,  Kak Tee rasa lebih bersemangat nak terus berkongsi tentang manfaat produk Shaklee ni. 

Malah,  selain dari dapat bantu tingkatkan kesihatan mereka yang memerlukan,  Kak Tee juga dapat bantu mereka yang nak tingkatkan ekonomi keluarga terutama dari segi kewangan. 

Ia adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan!

Ok part harga mahal. Betul ke Shaklee mahal?  Akan Kak Tee kongsikan kemudian.  Nantikan entry Kak Tee yang seterusnya, Ok! 

Jikalau ada yang nak Kak Tee bantu cara nak berbisnes Shaklee ni, amat Kak Tee alu-alukan.  Tangan Kak Tee hulurkan untuk sama-sama kita berjaya, In Shaa Allah. 

“Menuju Kehidupan Yang Lebih Sihat”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: